Pengenalan

Penjadualan merupakan suatu aktiviti mengagihkan sumber untuk menyempurkan aktiviti-aktiviti tertentu dalam masa yang ditetapkan. Di dalam penjadualan waktu sekolah, guru boleh ditakrifkan sebagai sumber dan aktiviti yang perlu disiapkan adalah aktiviti pengajaran. Penyediaan jadual waktu sekolah merupakan suatu kerja yang rumit dan sukar. Terdapat pelbagai kekangan yang perlu diambil kira dalam menyediakan jadual waktu sekolah ini yang menyebabkan ia bertambah kompleks. Kebiasaannya jadual waktu sekolah ini akan disediakan pada setiap awal tahun sesi persekolahan. Walaubagaimanapun jadual ini perlu diubah sekiranya berlaku pertambahan atau pengurangan guru dan perkara ini sering kali berlaku di setiap sekolah sepanjang sesi persekolahan. Justeru, penyediaan jadual waktu sekolah secara manual tidak lagi praktikal dan ia memerlukan kepada bantuan sistem komputer.

Sistem Penjanaan Jadual Waktu Versi 1.0 ini, merupakan sebuah sistem berasaskan web yang boleh digunakan untuk penjanaan jadual waktu sekolah. Sistem ini dibangunkan berasaskan web bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan kerja-kerja menaiktaraf sistem supaya ia terus relevan dengan keperluan semasa. Jika penyediaan jadual waktu secara manual memerlukan masa antara seminggu hingga sebulan, melalui sistem ini masa yang diperlukan adalah tidak sampai satu hari.

Bagi sekolah yang mempunyai masalah capaian Internet, mereka boleh muat turun versi offline disini. Untuk memulakan versi offline ini, lesen diperlukan dan pihak sekolah boleh memohon lesen percubaan melalui support@jadualwaktusekolah.com. Untuk tujuan pengaktifan lesen pula, sambungan Internet diperlukan dan hanya sekali sahaja lesen perlu diaktifkan.

 

Pernyataan Masalah

Terdapat pelabagai masalah yang telah dikenalpasti dalam penyediaan jadual waktu sekolah ini, antaranya:

  1. Tiada satu piawai khusus yang boleh digunakan oleh guru dalam menyediakan jadual ini, tetapi ia hanya berbekal kepada pengalaman. Jadi ia akan mendatangkan masalah kepada guru baru yang tiada pengalaman dalam penyediaan jadual ini.
  2. Setiap sekolah mempunyai peraturan-peraturan sendiri dalam menyediakan jadual waktu ini.
  3. Jadual yang dihasilkan tidak menjajikan penyelesaian yang optimum, menyebabkan jadual tersebut tidak sesuai untuk digunakan dan memerlukan kepada penyediaan jadual baru.
  4. Kemasukan guru baru, guru praktikal dan guru interim yang berlaku sepanjang tahun dan tidak menentu menyebabkan jadual seringkali perlu diubah.
  5. Perpindahan guru ke sekolah lain, guru bersara dan guru telah tamat tempoh praktikal juga memerlukan kepada perubahan jadual.
  6. Perubahan kurikulum seperti pertambahan subjek dan sebagainya memerlukan kepada perubahan jadual.
  7. Masalah kekurangan guru, menyebabkan darjah / tingkatan berlainan terpaksa digabungkan bagi subjek-subjek tertentu.
  8. Masalah kekurangan guru, menyebabkan kelas di darjah / tingkatan yang sama terpaksa digabungkan bagi subjek-subjek tertentu.
  9. Masalah subjek setara, dimana beberapa subjek perlu diajar pada waktu yang sama mengikut kumpulan tertentu bagi murid dalam satu kelas.

 

Penyelesaian Masalah

Memahami kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh setiap sekolah, maka pembangun sistem telah membangunkan sebuah sistem yang dapat menjana jadual waktu sekolah. Antara ciri-ciri sistem ini adalah:

  1. Sistem adalah berasaskan web bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan naiktaraf supaya sentiasa relevan dengan keperluan semasa.
  2. Mempunyai fungsi penggabungan darjah / tingkatan berlainan dan bilangan guru bagi subjek tertentu boleh ditetapkan.
  3. Mempunyai fungsi penggabungan kelas di darjah / tingkatan berlainan dan bilangan guru bagi subjek tertentu boleh ditetapkan.
  4. Mempunyai fungsi subjek setara, dimana murid dalam satu kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diajar subjek berlainan pada waktu yang sama.
  5. Jadual yang dijana boleh disimpan dan boleh dilihat pada bila-bila masa.
  6. Mempunyai fungsi untuk menetapkan waktu dan hari khusus bagi subjek tertentu.
  7. Mempunyai fungsi untuk menjana jadual "relief".
  8. Berasaskan sekolah-sekolah di Malaysia.

 

Kesimpulan

Diharapkan sistem yang dibangunkan ini dapat membantu sekolah-sekolah di Malaysia dalam menyediakan jadual waktu. Penggunaan sistem ini adalah percuma untuk tempoh dua bulan pertama dan dikenakan yuran penyelenggaraan sebanyak RM100 setahun bagi menampung kos-kos berikut:

  1. Bayaran domain.
  2. Sewaan server.
  3. Bayaran pengaturcara bagi tujuan:
    1. Penambahbaikan algoritma penjanaan jadual.
    2. Penambahan fungsi bagi memenuhi keperluan semasa setiap sekolah.
    3. Lain-lain penambahbaikan ke atas sistem seperti antaramuka, laporan dan sebagainya.
Sekiranya terdapat sekolah memerlukan fungsi-fungsi khusus yang tidak terdapat dalam sistem ini atau sebarang masalah lain, bolehlah diemelkan perkara tersebut ke support@jadualwaktusekolah.com

 

Syarat-syarat Langganan

Bagi sekolah yang berminat menggunakan sistem ini dan ingin membuat langganan, syarat-syarat berikut mestilah dipersetujui:

  1. Yuran penyelenggaraan sebanyak RM100 mestilah dijelaskan sebelum boleh menggunakan sistem ini.
  2. Yuran penyelenggaraan akan dikembalikan sekiranya pihak sekolah tidak berpuashati terhadap sistem dan ia mestilah dimaklumkan kepada support@jadualwaktusekolah.com dalam tempoh 5 hari dari tarikh bayaran dibuat.
  3. Yuran peneyelanggaran tidak akan dikembalikan sekiranya pihak sekolah tidak berpuashati terhadap sistem dan ia dimaklumkan selepas 5 hari dari tarikh bayaran dibuat.
  4. Yuran penyelenggaran sebanyak RM100 adalah untuk tempoh langganan selama setahun bermula 1 Disember tahun sebelum sehingga 30 November tahun penggunaan sistem. (Cth: Jika langganan adalah untuk tahun 2014, maka tempoh capaian kepada sistem hanya dibenarkan antara 1 Disember 2013 hingga 30 November 2014).
  5. Jadual yang dijana tidak menjanjikan sebuah jadual yang optimum kerana ia dijana secara rawak. Walaubagaimanapun ia boleh dijana secara berulang kali untuk mendapatkan sebuah jadual yang optimum.
  6. Jadual yang dijana juga boleh dikemaskini secara manual untuk disesuaikan dengan keperluan semasa.

© 2013 Hakcipta Terpelihara
Dibangunkan oleh A. Shahrizal